5 JENIS MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAK SEWAKTU SARAPAN

 

Setiap orang ingin kelihatan sihat dan kurus serta mempunyai berat badan yang ideal. Hari ini, kami kongsikan 5 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa sarapan pagi. Selama ini anda rasa makanan ini baik untuk kesihatan tetapi sebenarnya makanan ini boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Deadly-artificial-sweeteners1

Pertama ialah pemanis tiruan (artificial sweeteners). Anda merasakan pemanis tiruan ini baik untuk kesihatan dan dapat menurunkan berat badan seperti yang berada di pasaran (Equal, Pallsweet etc.) yang dapat mengantikan gula putih tetapi sebenarnya bahan kimia didalam pemanis tiruan ini tidak boleh dicernakan oleh badan anda. Badan manusia hanya dapat mencernakan makanan jenis bukan tiruan sahaja. Jadi, semua bahan kimia ini akan di simpan di dalam lemak di seluruh badan seperti di bahagian pinggang, belakang badan (back wing) dan lengan. Buangkan pemanis tiruan anda dan gantikan dengan stevia dan madu.

Kedua ialah marjerin. Ia turut digelarkan sebagail ‘fake butter’ yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan lemak di dalam badan sukar untuk disingkirkan. Marjerin dan Buttercup adalah daripada lebihan lemak sawit. Butter yang sebenar ialah butter dari susu lembu atau di panggil sebagai natural fat yang membantu meningkatkan metabolisma dan aktiviti pembakaran lemak sepanjang masa.

Ketiga ialah jus oren. Jus oren yang telah di botolkan mengandungi gula yang lebih kurang sama banyak dengan minuman berkarbonat di dalam botol. Apabila badan mempunyai kandungan gula yang berlebihan, badan akan menghantar isyarat untuk menukar lebihan gula kepada lemak. Selain itu, jus oren juga mempunyai kandungan bahan kimia seperti pewarna tiruan dan pengawet makanan yang membolehkan jus di simpan lama tanpa kerosakkan. Jika di fikirkan, jus oren sebenar tidak mampu bertahan lama walaupun telah disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi, apabila telah ditambah dengan pewarna tiruan dan pengawet makanan, minuman itu akan bertahan lebih lama.

Keempat ialah roti gandum. Juga mempunyai bahan kimia yang menyebabkan roti bertahan lama, lembut dan kelihatan cantik. Gandum yang digunakan mungkin telah diubahsuai secara genetik seperti gandum asli. Salain pemanis tiruan (artificial sweeteners) dan ‘fake butter’, roti juga boleh dilabelkan sebagai ‘lab created food’ (makanan yang dicipta di makmal). Anda mungkin telah makan bijian gandum yang telah diubahsuai walaupun lebel telah menyatakan 100% semula jadi. Apabila anda makan roti gandum, gandum akan ditukarkan menjadi gula dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan seterusnya badan akan bertukar kepada mod penyimpanan lemak. Gandum juga dapat menyebabkan badan anda mengalami keradangan dengan kata lain badan sedang mengalami penambahan berat badan.

Kelima ialah soya. Sedikit soya di dalam hidangan sarapan anda adalah bagus untuk kesihatan seperti tempe, air soya, tahu atau tafufah.

Sekian, tips pemakanan sarapan sihat dari saya =)

Make An Appointment