PROBIOTIK BAIK TAPI TINGGI GULA

Minuman berkultur memang baik untuk kesihatan usus. Namun begitu, ianya perlu diambil secara sederhana kerana kandungan gula yang sangat tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut memberi saranan untuk individu mengambil mikroorganisma hidup dalam kuantiti tertentu pada setiap hari untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

Minuman berkultur dilihat sangat mempunyai ‘pengaruh’ besar dalam kalangan kanak-kanak. Para ibu bapa khususnya boleh ‘mendiamkan’ anak-anak dengan memberi mereka minuman jenis ini.

Perkara yang harus diambil perhatian adalah hanya satu botol kecil minuman berkultur sudah cukup untuk seorang kanak-kanak. Ia harus diminum sesudah kanak-kanak tersebut makan makanan yang berkhasiat.

Selain minuman berkultur, yogurt asli dan tempe juga memberi manfaat yang sama.

Walaupun begitu, minuman berkultur turut mempunyai manfaat yang tersendiri. Antaranya adalah mengatasi ketidakhadaman perut, meningkatkan penyerapan zat besi, baik untuk kanak-kanak yang mengalami intoleransi terhadap susu dan membantu para pesakit ekzema.

Kesimpulannya, minuman berkultur memang wajar diambil atas manfaatnya yang unik dan tersendiri, namun amalan itu perlulah dibataskan kerana kandungan gula yang tinggi.

APA ITU ANTIBIOTIK?

 

Secara umumnya, masyarakat kita mengenal antibiotik sebagai ubat pembunuh kuman. Apabila makan antibiotik, sakit akan sembuh. Secara definisinya, antibiotik adalah antibakteria. Antibiotik ini berfungsi sebagai pembunuh dan perencat pertumbuhan bakteria.

Di dalam tubuh manusia, terdapat bakteria baik. Bakteria baik ini pula bertugas sebagai askar pertahanan dalam badan. Manusia boleh mengharapkan askar ini melakukan tugasan hakiki mereka untuk menjaga kesihatan badan dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil bantuan askar dariapda luar (Antibiotik). Hal ini kerana apabila kitameminta bantuan daripada luar, bakteria baik akan menjadi manja dan malas menjalankan fungsi hakiki mereka.

Perlu diambil perhatian, jika bakteria baik (Askar) sedang menjalankan tugas-tugas ketahanan badan, suhu badan akan naik dan terjadinya demam. Walau bagaimanapun, jika demam menginjak ke 39 Darjah Celcius, itu menunjukkan kesakitan adalah serius dan harus mengambil antibiotik.

Walaupun begitu, tidak semua penyakit memerlukan antibiotik untuk sembuh.

Untuk jangkitan telinga, jika sakit melebihi 10 hari, adalah relevan dan wajar untuk mengambil antibiotik. Manakala jangkitan dada pula doktor tidak akan beri buat dewasa dan akan diberi keutamaan kepada kanak-kanak kerana mereka berisiko tinggi terkena radang paru-paru. Untuk jangkitan pada tekak, antibiotik jarang diperlukan kerana 80% daripada sakit tekak disebabkan virus. Akhir sekali, selsema sama sekali tidak memerlukan antibiotik.

Antara kesan selepas mengambil antibiotik adalah alahan. Pesakit mungkin akan mengalami bengkak, kemerahan, gatal dan ruam pada kulit. Selain itu, akan berlaku cirit-birit apabila antibiotik turut membunuh bakteria baik di dalam perut. Makan terjadinya cirit birit.

Kesimpulannya, kita boleh mengambil antibiotik tapi dengan nasihat doktor dan tidak sewenangnya berfikiran antibiotik akan menyembuhkan sebarang penyakit.

 

KEBAIKAN 3D4D SCAN UNTUK IBU HAMIL

Zaman berlalu dengan pantas. Jika dulu ibu yang mengandung hanya perlu berurut dengan bidan kampung untuk tahu kedudukan dan jantina bayi yang dikandungkan. Kini, dengan kemajuan dan kecanggihan dunia perubatan, ibu hamil hanya perlu datang ke klini atau hospital untuk mengetahui semua maklumat terperinci bayi mereka.

3D4D Scan di Poliklinik Annur, Bandar Mahkota Cheras khususnya menawarkan perkhidmatan ini. Seronoknya, bakal ibu ayah akan menerima beberapa manfaat daripada 3D4D Scan ini. Antaranya ialah :

  • Mengetahui tahap kesihatan dan perkembangan bayi
  • Mengetahui kedudukan uri (atas/bawah)
  • Mengetahui kadar air ketuban sama ada mencukupi atau tidak
  • Mengetahui kedudukan bayi (normal/songsang)
  • Melihat semua bahagian badan bayi secara terperinci
  • Mengetahui panjang dan lebar bayi

Selain itu, trend untuk memuatnaik gambar bayi ketika di dalam perut semakin mendapat tempat. Selepas 3D4D Scan juga, bakal ibu bapa akan menerima gambar dan video bayi dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

3D4D Scan ini hanya disarankan kepada kandungan ibu hamil yang berusia 24 hingga 32 minggu sahaja (6 hingga 8 bulan)

SARANAN VAKSIN

Vaksin adalah bahan untuk meransang penghasilan antibody untuk meningkatkan imunisasi badan dariapda sebarang jangkitan penyakit.

Untuk mereka yang aktif melakukan hubungan seksual, vaksin yang disarankan adalah Vaksin HPV dan Vaksin Hepatitis B.

Untuk mereka yang aktif secara fizikal dengan risiko-risiko mengalami kecederaan disarankan untuk mengambil Vaksin Tetanus dan TDAP.

Untuk yang gemar makan makanan mentah dan makanan separuh masak pula, Vaksin Hepatitis A adalah perlu.

Untuk yang kerap ke luar negara, anda sebaiknya mengambil Vaksin Influenza, Pneumococcal dan juga Meningococcal.

Tapi apabila melawat ke tempat yang mengalami ketidakbersihan air dan kawasan sekitar, Vaksin Typhoid dan Hepatitis A adalah perlu.

Untuk para traveller yang pergi melawat negara Afrika, Amerika Selatan, Asia atau Asia Tengah, adalah AMAT DISARANKAN untuk mengambil Yellow Fever Vaccine serta Japanese Encephalitis Vaccine.

Untuk para pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, pastikan tiga vaksin ini disuntik ke dalam badan anda. Pertama Meningcoccal, kedua adalah Tdap dan ketiga adalah MMR.

Prevent is better than cure !

VAKSIN IBARAT PENUKUL BESI THOR

KERATAN AKHBAR : VAKSIN

Vaksin adalah pelindung daripada sebarang jangkitan penyakit.

Analoginya, vaksin ini seperti perisai yang digunakan oleh Captain America, penukul besi yang digunakan oleh Thor. Vaksin adalah pelindung yang menambah daya tahan badan.

Rata-rata masyarakat masih belum sedar kepentingan suntikan vaksin dalam hidup mereka serta keluarga.

Walau bagaimanapun, proses pembuatan keputusan adalah berdasarkan pemahaman, pengalaman dan juga kemampuan setiap orang.

Make An Appointment