August 17, 2017 annur

APA ITU ANTIBIOTIK?

 

Secara umumnya, masyarakat kita mengenal antibiotik sebagai ubat pembunuh kuman. Apabila makan antibiotik, sakit akan sembuh. Secara definisinya, antibiotik adalah antibakteria. Antibiotik ini berfungsi sebagai pembunuh dan perencat pertumbuhan bakteria.

Di dalam tubuh manusia, terdapat bakteria baik. Bakteria baik ini pula bertugas sebagai askar pertahanan dalam badan. Manusia boleh mengharapkan askar ini melakukan tugasan hakiki mereka untuk menjaga kesihatan badan dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil bantuan askar dariapda luar (Antibiotik). Hal ini kerana apabila kitameminta bantuan daripada luar, bakteria baik akan menjadi manja dan malas menjalankan fungsi hakiki mereka.

Perlu diambil perhatian, jika bakteria baik (Askar) sedang menjalankan tugas-tugas ketahanan badan, suhu badan akan naik dan terjadinya demam. Walau bagaimanapun, jika demam menginjak ke 39 Darjah Celcius, itu menunjukkan kesakitan adalah serius dan harus mengambil antibiotik.

Walaupun begitu, tidak semua penyakit memerlukan antibiotik untuk sembuh.

Untuk jangkitan telinga, jika sakit melebihi 10 hari, adalah relevan dan wajar untuk mengambil antibiotik. Manakala jangkitan dada pula doktor tidak akan beri buat dewasa dan akan diberi keutamaan kepada kanak-kanak kerana mereka berisiko tinggi terkena radang paru-paru. Untuk jangkitan pada tekak, antibiotik jarang diperlukan kerana 80% daripada sakit tekak disebabkan virus. Akhir sekali, selsema sama sekali tidak memerlukan antibiotik.

Antara kesan selepas mengambil antibiotik adalah alahan. Pesakit mungkin akan mengalami bengkak, kemerahan, gatal dan ruam pada kulit. Selain itu, akan berlaku cirit-birit apabila antibiotik turut membunuh bakteria baik di dalam perut. Makan terjadinya cirit birit.

Kesimpulannya, kita boleh mengambil antibiotik tapi dengan nasihat doktor dan tidak sewenangnya berfikiran antibiotik akan menyembuhkan sebarang penyakit.