SARANAN VAKSIN

Vaksin adalah bahan untuk meransang penghasilan antibody untuk meningkatkan imunisasi badan dariapda sebarang jangkitan penyakit.

Untuk mereka yang aktif melakukan hubungan seksual, vaksin yang disarankan adalah Vaksin HPV dan Vaksin Hepatitis B.

Untuk mereka yang aktif secara fizikal dengan risiko-risiko mengalami kecederaan disarankan untuk mengambil Vaksin Tetanus dan TDAP.

Untuk yang gemar makan makanan mentah dan makanan separuh masak pula, Vaksin Hepatitis A adalah perlu.

Untuk yang kerap ke luar negara, anda sebaiknya mengambil Vaksin Influenza, Pneumococcal dan juga Meningococcal.

Tapi apabila melawat ke tempat yang mengalami ketidakbersihan air dan kawasan sekitar, Vaksin Typhoid dan Hepatitis A adalah perlu.

Untuk para traveller yang pergi melawat negara Afrika, Amerika Selatan, Asia atau Asia Tengah, adalah AMAT DISARANKAN untuk mengambil Yellow Fever Vaccine serta Japanese Encephalitis Vaccine.

Untuk para pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, pastikan tiga vaksin ini disuntik ke dalam badan anda. Pertama Meningcoccal, kedua adalah Tdap dan ketiga adalah MMR.

Prevent is better than cure !

VAKSIN IBARAT PENUKUL BESI THOR

KERATAN AKHBAR : VAKSIN

Vaksin adalah pelindung daripada sebarang jangkitan penyakit.

Analoginya, vaksin ini seperti perisai yang digunakan oleh Captain America, penukul besi yang digunakan oleh Thor. Vaksin adalah pelindung yang menambah daya tahan badan.

Rata-rata masyarakat masih belum sedar kepentingan suntikan vaksin dalam hidup mereka serta keluarga.

Walau bagaimanapun, proses pembuatan keputusan adalah berdasarkan pemahaman, pengalaman dan juga kemampuan setiap orang.

FAKTA TENTANG STEVIA

  • Gula Mempunyai 4 Kalori/ Gram. Stevia Tidak Mempunyai Kalori Langsung.
  • Stevia 300 Kali Lebih Manis Daripada Gula.
  • Daun Stevia Perlu Diproses Untuk Mendapatkan Ketulenan ‘Glycosides’
  • Stevia Diiktiraf Sebagai ‘Non-Medical Ingredient’ Oleh Fda Pada Tahun 2008
  • Stevia Tidak Meningkatkan Kadar Glukosa Dalam Badan
  • Stevia Melancarkan Aliran Darah Dan Menurunkan Tekanan Darah

 

KUASA KULIT KAYU MANIS

KHASIAT KULIT KAYU MANIS

  • MERENDAHKAN KADAR KOLESTROL

Kulit kayu manis akan membantu mengurangkan tahap bahaya pemakanan berlemak dengan memperlahankan kenaikan gula dalam badan.

  • BAHAN ANTI-KUMAN, ANTI-BAKTERIA DAN ANTI-VIRUS

Tidak pelik jika dulu zaman ketiadaan peti aias di rumah, kebanyakan resipi dienakkan dengan herba termasuk kulit kayu manis.  Kulit kayu manis juga digunakan sebagai rawatan untuk masalah paru-paru disebabkan cuaca sejuk.

  • MAMPU MERAWAT TANDA-TANDA ALZHEIMER DAN PARKINSON

Membantu neuron dan meningkatkan fungsi motor untuk penghidap Alzheimer dan juga Parkinson. Mereka boleh menjalankan aktiviti harian dengan kurang halangan.

  • MAMPU MERAWAT DIABETES

Menurut Lori Kenyon Farley, seorang Konsultan Nutrisi Bertauliah, kulit kayu manis mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan rintangan insulin dalam badan. Selain itu, kulit kayu manis mampu memaksa sel sendi untuk merembeskan gula dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga.

SUPERFOOD : SIHAT DENGAN KOS RENDAH

Kita selalu fikir kalau nak sihat mesti dengan produk-produk berjenama dan high class kan? Yela baru lah berkesan. Kalau mahal, mesti berkesan.

Jom kita jadi sihat dengan SUPERFOOD!

Baca setiap keterangan di kapsyen gambar. Kalau bermanfaat, sila kongsikan ya!

  1. ROTI TINGGI SERAT

Kenapa roti jenis ini bagus untuk anda? Sebab roti tinggit serat tidak melalui proses penyulingan kerana tidak menggunakan tepung putih. Kandungan karbohidrat kompleksnya memberi rasa kenyang yang lebih lama. Apa kata sekarang anda jadikan roti tinggi serat buddies anda?

  1. OAT

Oat juga merupakan sumber karbohidrat utama. Selain memberi kesan kenyang yang lebih lama, oat juga mudah disediakan. Sama ada anda mahu oat segera ataupun tidak. Oat juga mampu mencegah kanser serta mengurangkan kadar hipertensi anda. Jom kita ber-OAT!

  1. SUSU RENDAH LEMAK

Susu jenis ini yang paling baik adalah susu lembu atau pun susu soya. Kadar kolestrol anda akan dijaga baik olehnya. Selain itu, tubuh menjadi lebih sihat dan menjamin kesihatan tulang dan gigi yang tidak rapuh.

  1. BUAH-BUAHAN

Dengan kuasa Allah SWT, semua buah-buahan ada khasiat dan magisnya yang tersendiri. Anda juga boleh percaya kepada kuasa buah-buahan untuk memastikan kesihatan anda. Mangga bersifat antikanser, pisang pula untuk antikemurungan manakala oren menjaga kesihatan jantung.

BATU KARANG DALAM HEMPEDU.

Tanda-tanda batu karang dalam hempedu adalah :

1. Sakit berpanjangan di bahagian kanan atas abdomen dan diselangi dengan loya dan muntah.

2. Demam

3. Sakit perut, loya dan muntah-muntah.

Macam mana kita boleh CENDERUNG untuk mempunyai BATU KARANG dalam hempedu?

1.Kandungan kolestrol dalam darah yang terlalu banyak.

2. Kurang minum air.

3. Gemar makan makanan berlemak dan masin.

4. Gemar makan nasi lemak (Bilis, sambal dan santan BAHAYA!)

5. Gemar makan seafood yang TINGGI KOLESTROL.

Elakkan 5 perkara di atas dalam kehidupan anda dan jika terdapat simptom-simptom batu akrang dalam hempedu, jangan buang masa untuk terus jumpa doktor ya!

3 DARIPADA 5 PENDATANG ASING BERISIKO MENYEBARKAN CACING DALAM USUS.

Malaysia merupakan antara Negara yang paling banyak menerima khidmat kerja pendatang asing. Indonesia, Nepal, Bangladesh dan India merupakan mereka yang paling banyak menghuni bumi Malaysia selain daripada kita sendiri.

Sampai terkadang, masyarakat sudah tidak dapat merasa selesa dan selamat berpijak di tempat sendiri. Apa yang lebih membimbangkan selain keselamatan sosial adalah tahap kesihatan mereka yang dibawa masuk mencari rezeki di sini.

Untuk pengetahuan, mereka dibawa masuk dengan pelbagai saringan kesihatan. Namun malangnya, ada kekurangan pada kepelbagaian saringan tersebut.

Kata Parasitologist Universiti Malaya (UM) , Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain, “Ya, mereka disaring untuk HIV, malaria, STD (penyakit seksual berjangkit), TB (batuk kering). Walau bagaimanapun, kita tidak menyaring mereka untuk penyakit parasit.

Hal ini membimbangkan kerana sebilangan besar pekerja asing berada di dalam industri makanan dan perkhidmatan domestik. Pekerjaan mereka menuntut untuk berhubung secara langsung dengan makanan dan minuman.

Kajian UM menunjukkan bahawa 74% daripada peserta dalam sektor perkhidmatan makanan dan 48.6% pekerja perkhidmatan domestik dijangkiti parasit usus.

Hal ini dapat dilihat jelas. Kebiasaannya selepas keluar daripada tandas, kita harus mencuci tangan dengan sabun untuk mengelakkan sebarang kuman atau kotoran melekat. Walau bagaimanapun, hal ini masih dipandang remeh oleh penyedia makanan. Ada yang langsung tidak mencuci tangan dan ada juga yang tidak tahu keperluan untuk berbuat demikian.

Sebagai masyarakat yang sudah umum tahu tentang gejala ini, kita juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga sama ada makan di rumah dengan kebersihan yang terjamin atau pun cari restoran yang benar-benar menjaga kualiti kebersihan makanan serta pekerja.

Untuk perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga haruslah mengambil kira untuk mengimplentasikan saringan untuk penyakit parasit kerana masyarakat tidak mahu ruang dan peluang yang dibuka untuk mencari rezeki menjadi lorong pantas menyalurkan penyakit berjangkit!

Sumber : http://www.star2.com

5 JENIS MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAK SEWAKTU SARAPAN

 

Setiap orang ingin kelihatan sihat dan kurus serta mempunyai berat badan yang ideal. Hari ini, kami kongsikan 5 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa sarapan pagi. Selama ini anda rasa makanan ini baik untuk kesihatan tetapi sebenarnya makanan ini boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Deadly-artificial-sweeteners1

Pertama ialah pemanis tiruan (artificial sweeteners). Anda merasakan pemanis tiruan ini baik untuk kesihatan dan dapat menurunkan berat badan seperti yang berada di pasaran (Equal, Pallsweet etc.) yang dapat mengantikan gula putih tetapi sebenarnya bahan kimia didalam pemanis tiruan ini tidak boleh dicernakan oleh badan anda. Badan manusia hanya dapat mencernakan makanan jenis bukan tiruan sahaja. Jadi, semua bahan kimia ini akan di simpan di dalam lemak di seluruh badan seperti di bahagian pinggang, belakang badan (back wing) dan lengan. Buangkan pemanis tiruan anda dan gantikan dengan stevia dan madu.

Kedua ialah marjerin. Ia turut digelarkan sebagail ‘fake butter’ yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan lemak di dalam badan sukar untuk disingkirkan. Marjerin dan Buttercup adalah daripada lebihan lemak sawit. Butter yang sebenar ialah butter dari susu lembu atau di panggil sebagai natural fat yang membantu meningkatkan metabolisma dan aktiviti pembakaran lemak sepanjang masa.

Ketiga ialah jus oren. Jus oren yang telah di botolkan mengandungi gula yang lebih kurang sama banyak dengan minuman berkarbonat di dalam botol. Apabila badan mempunyai kandungan gula yang berlebihan, badan akan menghantar isyarat untuk menukar lebihan gula kepada lemak. Selain itu, jus oren juga mempunyai kandungan bahan kimia seperti pewarna tiruan dan pengawet makanan yang membolehkan jus di simpan lama tanpa kerosakkan. Jika di fikirkan, jus oren sebenar tidak mampu bertahan lama walaupun telah disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi, apabila telah ditambah dengan pewarna tiruan dan pengawet makanan, minuman itu akan bertahan lebih lama.

Keempat ialah roti gandum. Juga mempunyai bahan kimia yang menyebabkan roti bertahan lama, lembut dan kelihatan cantik. Gandum yang digunakan mungkin telah diubahsuai secara genetik seperti gandum asli. Salain pemanis tiruan (artificial sweeteners) dan ‘fake butter’, roti juga boleh dilabelkan sebagai ‘lab created food’ (makanan yang dicipta di makmal). Anda mungkin telah makan bijian gandum yang telah diubahsuai walaupun lebel telah menyatakan 100% semula jadi. Apabila anda makan roti gandum, gandum akan ditukarkan menjadi gula dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan seterusnya badan akan bertukar kepada mod penyimpanan lemak. Gandum juga dapat menyebabkan badan anda mengalami keradangan dengan kata lain badan sedang mengalami penambahan berat badan.

Kelima ialah soya. Sedikit soya di dalam hidangan sarapan anda adalah bagus untuk kesihatan seperti tempe, air soya, tahu atau tafufah.

Sekian, tips pemakanan sarapan sihat dari saya =)

Make An Appointment