August 19, 2017 annur

PROBIOTIK BAIK TAPI TINGGI GULA

Minuman berkultur memang baik untuk kesihatan usus. Namun begitu, ianya perlu diambil secara sederhana kerana kandungan gula yang sangat tinggi.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut memberi saranan untuk individu mengambil mikroorganisma hidup dalam kuantiti tertentu pada setiap hari untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

Minuman berkultur dilihat sangat mempunyai ‘pengaruh’ besar dalam kalangan kanak-kanak. Para ibu bapa khususnya boleh ‘mendiamkan’ anak-anak dengan memberi mereka minuman jenis ini.

Perkara yang harus diambil perhatian adalah hanya satu botol kecil minuman berkultur sudah cukup untuk seorang kanak-kanak. Ia harus diminum sesudah kanak-kanak tersebut makan makanan yang berkhasiat.

Selain minuman berkultur, yogurt asli dan tempe juga memberi manfaat yang sama.

Walaupun begitu, minuman berkultur turut mempunyai manfaat yang tersendiri. Antaranya adalah mengatasi ketidakhadaman perut, meningkatkan penyerapan zat besi, baik untuk kanak-kanak yang mengalami intoleransi terhadap susu dan membantu para pesakit ekzema.

Kesimpulannya, minuman berkultur memang wajar diambil atas manfaatnya yang unik dan tersendiri, namun amalan itu perlulah dibataskan kerana kandungan gula yang tinggi.